SHAH ALAM, 22 JUN: Jumlah kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini turun kepada 16 berbanding 21 semalam, katanya ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 21 JUN: Bapa berperanan sebagai ketua dan hero melindungi keluarga daripada jangkitan musuh tidak kelihatan seperti Covid-19, kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 20 JUN: Sebanyak 12 daripada 21 kes baharu positif Covid-19 di seluruh negara hari ini dicatatkan di Selangor.
SHAH ALAM, 20 JUN: Kementerian Kesihan Malaysia (KKM) mengesan satu kluster baharu di Labu Lanjut, Sepang selepas lima kes positif Covid-19 direkodkan sehingga hari ini.
SHAH ALAM, 20 JUN: Bilangan kes baharu Covid-19 kekal dua digit iaitu 21 dengan dua kes import dan bakinya adalah penularan tempatan sehingga jam 12 tengah hari tadi.
SHAH ALAM, 16 JUN: Seramai 333 pesakit pulih daripada jangkitan Covid-19 hari ini, jumlah tertinggi direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa pada 18 Mac lalu, kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 15 JUN: Sebanyak 41 kes baharu positif Covid-19 dikesan hari ini termasuk membabitkan seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan, kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 15 JUN: Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti satu kluster baharu melibatkan warga emas di sebuah pusat jagaan di Kuala Selagor, kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 10 JUN: Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan jumlah kemalangan akan meningkat berikutan peningkatan kenderaan di jalan raya selepas lebih banyak sektor dibuka ketika ini, kata ketua pengarahnya.
SHAH ALAM, 10 JUN: Hanya dua kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini tanpa membabitkan penularan kes dalam kalangan rakyat tempatan, kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 9 JUN: Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula esok sehingga 31 Ogos depan menjadi medan menguji tahap disiplin kendiri dan sosial dalam kalangan rakyat Malaysia, kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 9 JUN: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan saringan Covid-19 ke atas 269 pendatang asing tanpa izin (Pati) etnik Rohingya yang dikesan menceroboh kawasan perairan Pulau Langkawi semalam.
SHAH ALAM, 9 JUN: Semua individu bawah pengawasan (PUS) sama ada warganegara atau bukan yang dibenarkan masuk ke Malaysia dan disahkan negatif Covid-19 akan menjalani tempoh kuarantin wajib dua minggu di kediaman masing-masing bermula esok.
SHAH ALAM, 9 JUN: Kes baharu positif Covid-19 di negara ini kekal tujuh seperti semalam dengan tiada kes penularan melibatkan warga tempatan, kata ketua pengarah kesihatan.
KUALA LUMPUR, 9 JUN: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri, yang boleh memudaratkan kesihatan.
PUTRAJAYA, 7 JUN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 31 Ogos ini.
SHAH ALAM, 6 JUN: Jumlah kes positf Covid-19 tidak mendadak ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini antara faktor khidmat gunting rambut dibenarkan beroperasi kembali, kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 6 JUN: Jangkaan peningkatan mendadak kes Covid-19 membabitkan rakyat tempatan susulan sambutan Aidilfitri meleset sebaliknya berlaku dalam kalangan warga asing di Depoh Tahanan Imigresen (DTI).
SHAH ALAM, 6 JUN: Tujuh lagi penduduk dua taman di Kuala Langat dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pentadbiran disahkan positif Covid-19 hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 6 JUN: Sebanyak 37 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini dengan lapan daripadanya kes import, kata ketua pengarah kesihatan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.